PENGAJARAN 1

Baca petikan dan fahamkan.

 

Setiap tahun, penduduk dunia akan menyambut Hari Alam Sekitar pada tarikh 5 Jun. Jika disentuh tentang alam sekitar, pasti tergambar di kotak fikiran kita betapa dunia kini sarat dengan pelbagai jenis masalah dan pencemaran. Tidak terkecuali, negara kita juga dilanda aneka bentuk pencemaran yang jika tidak diatasi akan membawa padah kepada seluruh generasi dan ekosistem haiwan. Antara pencemaran yang begitu menjejaskan alam sekitar di kawasan bandar adalah sungai tercemar.

Satu ketika dahulu, sungai dikaitkan sebagai nadi kehidupan masyarakat terutama pada zaman awal pembukaan penempatan manusia. Malah, bandar purba dan sebahagian bandar moden hari ini tumbuh dan berkembang di sekitar muara-muara sungai di seluruh dunia. Misalnya, penempatan bandar pertama dunia iaitu Uruk, Erina dan Ur kira-kira 6,000 tahun lalu (4000 SM) di Mesopotamia dan Babylon dibina di lembangan sungai yang subur di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Manakala banyak bandar-bandar utama di Malaysia hari ini berkembang di kuala-kuala sungai, misalnya Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Fakta itu membuktikan kepentingan sungai sudah menyerlah sejak ribuan tahun lalu sebagai sumber yang membekalkan air bagi keperluan harian, pertanian, dan sistem pengangkutan utama.

Namun, kepentingan itu semakin dilupakan apabila sungai-sungai yang pernah menjadi nadi kehidupan manusia 'rosak' dan semakin tenat. Lihat sahaja betapa Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai antara sungai paling tercemar di negara ini. Bahan pencemar utama di kedua-dua sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut.

Akibatnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar sehingga mencecah ratusan juta ringgit untuk memulihkannya. Justeru, pihak berkuasa tempatan perlu membuat pemantauan dan pemeriksaan yang lebih kerap agar penempatan haram di tebing-tebing sungai diruntuhkan demi kesejahteraan sungai kita.

 

Tugasan 2

Setiap kumpulan akan membentangkan slaid persembahan mereka di hadapan kelas. Persembahan ini akan nilai berdasarkan 

  • Isi slaid persembahan.
  • Gaya persembahan murid.
  • Intonasi suara murid.
  • Keyakinan murid.

 

 

Tugasan 3

Sila muat turun lembaran kerja di pautan di bawah.

 

Lembaran Kerja Kata Nama